Rabu, 4 Januari 2012

Bayi Tabung Uji -IVF



Kaedah rawatan bayi tabung uji atau IVF + ICSI adalah langkah terakhir jika rawatan lain untuk capai kehamilan gagal kerana ia merupakan rawatan yang mahal harganya ( antara RM 4 - 20 ribu) dan prosedurnya rumit dan memerlukan peralatan yang canggih  dan pakar khusus yang benar2  terlatih dan komited.



Apakah prosedur IVF dan ICSI?

IVF atau bayi tabung uji ialah satu kaedah rawatan dimana persenyawaan benih lelaki dan telor perempuan dilakukan diluar tubuh wanita (in vitro fertilization), iaitu didalam makmal dan embryo yang dihasilkan dimasukkan balik kedalam rahim (embryo transfer).
ICSI ialah satu prosedur dimana sel benh lelaki disuntikan terus kedalam sel telor isteri.

In vitro fertilization / IVF






ICSI





Embryos



Siapa yang sesuai untuk rawatan IVF

1.  Wanita yang saluaran fallopian tersumbat (blocked tubes), munkin berpunca dari jangkitan kuman, penyakit endometriosis, fibroids atau lain2. Setengah pesakit tersebut munkiin sudah menjalani pembedahan untuk betulkan saluran tetapi gagal untuk hamil.

2.  Pasangan yang telah lama kahwin tanpa anak dan telah menjalani berbagai kaedah rawatan kesuburan termasuk pembedahan , ubat subur dan beberapa kali suntikan benih suami (IUI) tetapi gagal hamil.

3.  Benih suaminya rendah hitungan, kurang aktif pergerakkan atau banyak yang berbentuk luar biasa.
Dalam situasi begini IVF dan ICSI dilakukan dimana benih  suami disuntikkan terus kedalam sel telor isteri.

4.  Kemandulan tanpa sebab2 yang diketahui ' unexplained infertility ' dan gagal hamil walau pun kaedah IUI telah dicuba banyak kali.

5.  Pesakit2 PCOS dan endometriosis yang telah dirawat dengan kaedah2  biasa saperti ubat subur, pembedahan dan IUI tetapi masih gagal hamil.



Membuat keputusan untuk rawatan IVF dan ICSI 

Sebaiknya keputusan melakukan rawatan IVF / ICSI dibuat setelah semua pilihan kaedah rawatan lain telah dilaksanakan dan masih gagal hamil. Akhirnya kita perlu berserah dan bertawakkal kepada AllahSWT dan mendapat panduan dariNya dengan melakukan solat istiharah sekurangnya 3 kali maklumlah harganya mahal dan hasil kehamilan munkin dalam lingkungan 20 - 40 % sahaja.

Memileh Pusat rawatan IVF dan ICSI !

Sekarang ini pusat rawatan IVF/ICSI tumbuh macam cendawan berbanding dengan tahun 80an bila ia mula diperkenalkan dimalaysia. Dihospital2 kerajaan, separuh kerajaan dan swasta pusat2 IVF/ICSI bolih didapati dan pihak kerajaan banyak memberi subsidi kepada pesakit2. Harga rawatan dihospital kerajaan munkin semurah RM 4K , manakala dipusat2 swasta anatar RM 15 - 20 K. Saya tahu kebanyakan pakar yang melakukan IVF/ICSI hanya sebagai sambilan sahaja kerana mereka banyak tugas2 lain untuk dilakukan. Saya juga tahu ada sebilangan kecil pakar yang hanya khusus buat IVF/ICSI sahaja dan tidak melakukan rawatan2 lian dalam bidang O&G. Tentulah kumpulan kedua ini akan mendapat kejayaan yang lebih dengan lebih ramai pesakit yang hamil  dan melahirkan anak.



Video prosedur IVF



Rangsangan telor (ovarian stimulation)



Menuai Telor / Egg Retrieval



In Vitro Fertilization



Embryo Transfer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan