Rabu, 4 Januari 2012

Suntik Benih Suami (IUI)


E-mailPrintPDF
Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)
Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).
Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?
1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tidak tersumbat.
4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.
Cara menjalani IUI
1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.
2 .        Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.
3.         Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12.    Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut.     Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa. 
4.         Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.
5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.
6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

Bayi Tabung Uji

E-mailPrintPDF
Bayi Tabung Uji (GIFT, IVF , ICSI)
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, 

diantaranya GIFT, IVF dan ICSI. 
Jika semua kaedah rawatan dan ujian telah dijalankan , tetapi masih gagal lagi untuk hamil, jalan terakhir untuk dipertimbangkan ialah melalui kaedah ‘Bayi tabung uji’. Rawatan secara GIFT dilakukan jika kedua atau satu saluran fallopian terbuka. Tetapi jika kedua-dua saluran tersumbat cara yang sesuai ialah IVF. Jika benih suami sangat kurang atau tidak aktif kaedah IVF& ICSI dilakukan. Dengan adanya kemudahan pembekuan ‘embryo’ hasil rawatan IVF menjadi lebih baik  kerana lebihan embryo boleh disimpan dalam freezer dan dimasukkan balik dalam rahim pada waktu tertentu kemudian.
Kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ adalah mahal (harga antara RM 6,000 hingga 15,000) bagi setiap percubaan. Disamping itu ia memerlukan lawatan ke klinik berulang-ulang kali atau setiap hari ketika dalam rawatan.
Dari segi Islam, kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ tidak salah asalkan benih suami isteri digunakan dan ia tidak melibatkan benih orang lain.
Asas rawatan
Pada asasnya rawatan secara ‘bayi tabung uji’ melibatkan percantuman benih di makmal, kemudian dimasukkan balik ke dalam rahim. Dalam GIFT setelah benih lelaki dan telur isteri dicampur, ia dimasukkan balik ke dalam rahim melalui muncung saluran fallopian , syaratnya saluran tersebut tidak sumbat.
Cara rawatan
Rawatan bermula daripada hari kedua haid. Ada beberapa peringkat;
1.    Rangsangan ovary untuk mengeluarkan seberapa banyak telur yang boleh. 
Ubat subur dan suntikan hormon subur diberikan setiap hari untuk selama 5 hari atau lebih. 
Pertumbuhan telur diawasi dengan ujian ‘vaginal ultrsound’ dan hormon dalam darah. 
Apabila telur-telur telah matang (biasanya hari ke 12-13-14) penuaian telur dilakukan.
2.   Proses penuaian telur dari kilang ovari boleh dilakukan samaada melalui ‘vaginal ultrasound’ ataupun melalui pembedahan ‘laparoscopy’.   
Bergantung kaedah mana (GIFT atau IVF) yang akan dilakukan, bagi melakukan bayi tabung uji secara GIFT, penuaian telur secara laparoscopy adalah sesuai kerana telur dan benih suami yang telah dicantumkan di makmal perlu dimasukkan balik ke dalam saluran fallopian pada ketika itu juga.    
Bagi bayi tabung uji secara IVF biasanya penuaian telur dilakukan melalui saluran faraj dengan menggunakan ‘vaginal ultrasound scanning’.      
Walau demikian kedua-dua tatacara ini memerlukan pesakit dibius supaya ia membolehkan penuaian benih yang optima.
3.    Percantuman benih dan telur dalam makmal (in vitro fertilization)
Setelah telur-telur
 dituai dan benih-benih suami didapati, percantuman dilakukan di makmal kesuburan selama antara 2-3 hari. 
Hasilnya ialah ‘embryo’ yang mengandungi antara 2-16 sel. 
Seterusnya embryo akan dipindahkan kedalam rahim.
4.    Pindah embryo ke dalam rahim.  
Dua embryo akan dipindahkan kedalam rahim setiap kali. 
Yang lainnya akan disimpan dalam ‘freezer’ dan boleh tahan beberapa tahun.
Jika pemindahan embryo pertama gagal, ia boleh diulang pada masa lain dari embryo yang dibekukan.
5.    Rawatan selepasnya.Sokongan ubat hormon secara suntikan atau lainya perlu diberikan.
Pesakit perlu banyak berehat. 
Jauhkan dari persetubuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan