Persenyawaan Buatan Dan Bayi Tabung Uji
1) Ketetapan-Ketetapan Syarak Yang Berkaitan Dengan Tajuk Perbahasan
1.1 Kaedah kelahiran bayi secara fitrah adalah bermula dengan pertemuan dua anggota
sulit antara suami dan isteri ketika proses hubungan kelamin lantas berlaku
persenyawaan antara benih si suami (sperma) dan benih si isteri (ovum)
1.2 Setiap anak yang lahir mempunyai ikatan dan hubungan yang erat dengan kedua ibu
bapanya.
• Hubungan Anak Dengan Ayah
1) adalah hubungan yang berkaitan dengan kejadian manusia melalui
air mani si bapa dan hubungan pewarisan
(
)
• Hubungan anak dengan si ibu
adalah hubungan (
) yang berasaskan ovum si ibu
1) Hubungan ketika masa mengandungkan anak dan penjagaan yang
sumbernya adalah berasaskan rahim si ibu.(
)
• Oleh itu apabila sperma bukan milik si ayah tetapi milik
kepada lelaki lain, maka di sana terputus hubungan si
anak dengan si bapa yang merupakan suami kepada
wanita yang melahirkan anak tersebut
• Apabila ovum bukan milik si ibu yang mengandungkan
si anak maka di sana telah terputus salah satu daripada
dua hubungan antara anak dan ibu
• Apabila sperma dan ovum adalah kepunyaan dua pasang
suami isteri tetapi dua benih yang telah disenyawakan ini
dikandungkan oleh wanita lain maka terputuslah
hubungan (
) antara anak dan ibu yang
menghasilkan ovum
• Kesimpulan: apabila terputus salah satu hubungan
tersebut maka si ayah bukan lagi ayah yang sah dan si
ibu bukan lagi ibu yang sah.
1.3 Sesuatu hukum yang bakal diputuskan akan bergantung kepada kekuatan Mafsadah
dan Manfa`ah. Oleh itu mana-mana di antara dua sudut ini lebih kuat berbanding
dengan sudut yang kedua maka hukum akan mengikut pihak atau segi yang lebih
kuat sama ada dalam memutuskan halalnya sesuatu perkara atau sebaliknya.
Namun apabila mafsadah dan manfa`ah berada pada tahap yang sama maka di saat
itu pemutusan sesuatu hokum akan diserahkan kepada para mujtahidin yang
berkelayakan untuk berijtihad
! " # $ # %# &'$ ( )
* + (
) ,- " .+ ,+ '/ 0/ 12 ,+ 3 2
1.4 Syarak telah menerangkan bahawa jasad manusia dan manfaat yang diperolehi
daripada jasad tersebut adalah hak milik tuan jasad tersebut. Namun manusia tidak
berhak menggunakan anggotanya melainkan dalam perkara-perkara yang dibenarkan
oleh syarak.
Contoh: Nikmat mata dimiliki oleh pemilik mata tetapi Islam mengharamkan
penggunaan mata pada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak
1.5 Perkara-perkara yang termasuk dalam katagori Hajiat dan Dharuriyyat tidak boleh
dihukum dengan fatwa berbentuk umum sebaliknya apabila seseorang ditimpa
persoalan yang berkaitan dengan dua ruang lingkup ini, beliau mesti meminta
pandangan daripada ulamak yang berhak untuk berijtihad agar masalah yang
dihadapi dapat dihukum secara tepat
1.6 Kewajipan seseorang muslim adalah menghukum suasana yang berlaku dengan
syariat Allah. Oleh itu tidak boleh bagi seseorang individu menghukum sesuatu
perkara bukan berdasarkan syariat Allah Taala.
1.7 Memelihara keturunan dan kehormatan adalah di antara lima Maqasid Syar`ie yang
dijaga dalam setiap hukum-hakam Islam.
Oleh itu Islam mengharamkan setiap tindakan yang boleh menyebabkan keraguan
dalam penentuan nasab ataupun apa-apa perbuatan yang mengakibatkan percampuran
nasab kesan daripada hubungan kelamin yang tidak syar`ie.
Jelasnya setiap perkara yang boleh menghancurkan kemuliaan nasab dan kehormatan
diri adalah diharamkan oleh syarak
1.8 Menjadi kewajipan ke atas setiap para ulamak untuk menjelaskan pandangan Islam
kepada komuniti muslim terhadap perkara-perkara baru yang timbul dalam
masyarakat moden agar setiap muslim tidak mencampur-adukkan perkara-perkara
yang halal dan haram dalam kehidupan seharian
Menjadi kewajipan ke atas setiap individu muslim agar tidak melakukan sesuatu
perkara melainkan setelah mendapat penjelasan daripada para ulamak Islam
2) Bentuk-Bentuk Persenyawaan yang Ada Hubung Kait Dengan Bayi Tabung Uji
Dan Persenyawaan Buatan
( : ;< 4 5 + 678 9
4 * )
2.1 Pembahagian Pertama: Dari Aspek Lokasi Persenyawaan
• Persenyawaan Dalam (7
= 3 74 '> ?
)
Kaedah ini berlaku apabila sperma diambil daripada zakar lelaki lalu
dimasukkan ke dalam bahagian tertentu pada faraj wanita untuk
disenyawakan bersama ovum wanita tersebut dengan kaedah saintifik.
(Persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku di dalam rahim) 3
• Persenyawaan Luar (7@ A 74 '> ?
)
Kaedah ini berlaku dengan cara pengambilan sperma dan ovum lalu
disenyawakan di luar faraj melalui bantuan radas makmal
2.2 Pembahagian Kedua: Dari Segi Pemilik Sperma
• (B C ?
)
Pembahagian ini erdiri daripada tiga unsur (sperma, ovum dan
dinding rahim) yang ketiga-tiganya adalah daripada suami dan
isteri yang sah menurut Islam.
Bahagian ini terdiri daripada daripada 2 bentuk:
a) 7
= 3 74 '> ?
b) 7@ A 74 '> ?
(D'@E ?
)
Dalam bahagian ini salah satu daripada 3 unsur di atas atau kesemuanya
sekali tidak berasal daripada dua orang suami isteri yang sah di sisi
pandangan syarak yang kita boleh pecahkan kepada dua bahagian:
a) Dari segi sperma dan ovum
- Salah satu daripada kedua-dua benih tersebut atau keduaduanya sekali bukan milik sepasang suami isteri yang sah di
sisi syarak
b) Dari segi dinding rahim
- Rahim yang dijadikan tempat penempelan boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian
• rahim si isteri sendiri
• rahim madu si isteri (isteri kedua atau keseterusnya
bagi suami yang mengamalkan poligami)
• rahim wanita yang bukan isteri kepada pemberi
sperma
Ringkasan Keputusan 7$%! 7& , F pada Daurah yang ketujuh yang berlangsung di
Makkah pada 11-17 Rabiul Akhir tahun 1404 Hijriah bersamaan 14-19/1/1984
o Persenyawaan buatan boleh dikatagorikan kepada dua cara:
1. 7
= 3 74 '> ?
2. 7@ A 74 '> ?
o Penjelasan bagi cara-cara yang diamalkan dalam proses persenyawaan buatan:
7
= 3 74 '> ?
1. Cara Pertama
- Sperma si suami diambil seterusnya dimasukkan ke
dalam faraj si isteri melalui kaedah perubatan moden
agar sperma tersebut dapat bergabung dengan ovum si
isteri lalu menghasilkan persenyawaan secara tabiie4
- Kaedah ini digunakan apabila si suami tidak mampu
untuk memancutkan sperma yang mampu untuk dengan
ovum secara tabiie
2. Cara kedua
- Sperma daripada seorang lelaki asing diambil lalu
dimasukkan ke dalam faraj seorang wanita yang telah
bersuami dengan tujuan agar sperma tersebut mampu
untuk bercantum dengan ovum si isteri tersebut.
- Cara ini digunakan apabila si suami tidak mampu untuk
menghasilkan sperma yang benar-benar layak untuk
menghasilkan anak apabila bercantum dengan ovum.
7@ A 74 '> ?
3. Cara ketiga
- Sperma dan ovum daripada sepasang suami isteri
diambil lalu disenyawakan di luar rahim dengan kaedah
persenyawaan beradas. Apabila kedua-dua benih
tersebut telah bersenyawa, kedua-dua benih tersebut
dimasukkan ke dalam rahim si isteri, pemilik ovum yang
disenyawakan lalu berlakulah proses penempelan di
dinding rahim dan membesar sehingga dilahirkan.
4. Cara keempat
- Berlaku persenyawaan luar secara beradas antara sperma
yang diambil daripada suami tetapi ovum diambil
daripada wanita lain yang bukan isteri kepada pemilik
sperma tersebut lalu kedua-dua benih yang telah
disenyawakan tadi dimasukkan ke dalam rahim isteri
kepada pemilik sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk
menghasilkan ovum yang benar-benar sihat yang mampu
untuk disenyawakan tetapi beliau memiliki dinding
rahim yang mampu untuk menerima tempelan ovum dan
sperma yang telah disenyawakan
5. Cara kelima
- Berlaku persenyawaan luar di dalam tabung uji antara
sperma seorang lelaki asing dengan ovum seorang
wanita yang bukan isteri si pemilik sperma lalu keduadua benih ini ditempelkan pada dinding rahim seorang
wanita lain yang telah berkahwin. Bermakna wanita
yang memberi ovum dan wanita yang menjadikan
rahimnya sebagai tempat tempelan benih kedua-dua
mereka bukan isteri kepada lelaki yang menyumbangkan
sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila seorang anita yang telah
berkahwin tidak mampu untuk menghasilkan ovum yang
sihat tetapi rahimnya mampu untuk menerima tempelan5
dua benih yang telah disenyawakan dalam keadaan
suami kepada wanita tersebut juga tidak mampu untuk
menghasilkan sperma yang sihat.
6. Cara keenam
- Kedua-dua sperma adalah milik sepasang suami isteri
yang sah di sisi Islam dan telah disenyawakan dengan
kaedah persenyawaan luar tetapi kedua-dua benih ini
ditempelkan pada dinding rahim seorang wanita lain
yang bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki
yang menyumbangkan sperma.
- Keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mampu untuk
mengandungkan janin yang bakal lahir atas sebab-sebab
kesihatan namun wanita tersebut memiliki ovum yang
subur.
- Ataupun keadaan ini berlaku apabila si isteri tidak mahu
untuk melahirkan anak sekalipun dia memiliki dinding
rahim yang baik untuk melahirkan anak.
7. Cara yang ketujuh
- Cara ini sama dengan cara keenam tetapi si wanita yang
sudi untuk menjadikan dinding rahimnya sebagai tempat
tempelan sperma dan ovum yang telah disenyawakan
merupakan isteri kedua atau seterusnya kepada pemberi
sperma yang mengamalkan poligami.
o Pandangan Islam dalam persoalan yang
berhubungkait dengan persenyawaan buatan dan
bayi tabung uji
• Hukum Islam Secara Umum
1) Perlakuan seorang wanita yang
mendedahkan auratnya kepada insan
lain yang Islam mengharamkan
perhubungan jenis antara kedua-duanya,
pendedahan aurat tersebut diharamkan
sama sekali oleh Islam melainkan
kerana tujuan-tujuan yang dibenarkan
oleh Islam
2) Sikap seorang wanita yang mahu untuk
menghilangkan penyakit yang menimpa
dirinya adalah dianggap oleh syarak
sebagai satu sebab yang mengharuskan
si wanita tersebut untuk membuka
auratnya di hadapan orang yang bukan
suaminya tetapi dalam ruang lingkup
G 3 2 3 < H 0 H I ? J< H 0
3) Apabila si wanita telah dibenarkan oleh
syarak untuk membuka auratnya kepada
insan lain yang bukan suaminya, maka 6
menjadi satu kewajipan agar doktor
yang mengubati si wanita tersebut
adalah seorang muslimah. Seandainya
tidak ada doktor wanita muslimah maka
gantinya adalah seorang doktor wanita
non muslimah. Seandainya tidak ada
maka seorang doktor lelali muslim yang
thiqah dan sekiranya tidak ada maka
yang terakhir adalah seorang doktor
lelaki non muslim
Islam mengharamkan si doktor
lelaki sama ada muslim atau non
muslim yang mengubati pesakit
wanita yang bukan mahramnya
berada dalam keadaan khalwat
(bersunyi-sunyian). Oleh itu
tidak boleh tidak mesti di sana
ada suami si pesakit wanita atau
wanita lain yang menemani si
pesakit ketika sedang mendapat
rawatan daripada si doktor
lelaki.
• Hukum Islam Secara Khusus Yang Berhubung Kait Dengan Persenyawaan
Buatan Dan Bayi Tabung Uji
1) Keinginan sang isteri yang tidak boleh hamil dan keinginan sang suami
yang mandul yang inginkan anak dianggap oleh syarak sebagai satu sebab
untuk membolehkan penggunaan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak
dalam persenyawaan buatan ( 74 '> ?
)
2) Cara pertama dengan mengambil sperma daripada si suami lalu
disenyawakan dengan ovum isterinya dalam kaedah persenyawaan dalam
yang seterusnya akan menempel di dinding rahim isteri, pemilik ovum,
kaedah ini adalah dibenarkan oleh syarak berdasarkan syarat-syarat umum
yang telah disebutkan sebentar tadi dalam keadaan si wanita yang
menggunakan cara pertama ini sangat-sangat berhajat kepada kaedah ini
semata-mata untuk mendapatkan cahaya mata.
3) Cara ketiga dengan cara kedua-dua benih adalah milik sepasang suami
isteri yang sah tetapi kedua-dua benih ini disenyawakan dengan cara
pesenyawaan luar (7@ A 74 '> ?
) Sekalipun ditempelkan pada
dinding rahim si isteri, cara ini pastinya akan mempunyai kritikan kerana
pastinya ada kemungkinan berlakunya kesilapan yang menyebabkan
ketidakyakinan dalam masalah penentuan nasab si bayi yang bakal lahir.
Oleh itu Islam tidak membenarkan cara ketiga ini melainkan apabila
berlaku keadaan dharuri yang sangat-sangat berhajat kepada penggunaan
cara yang ketiga ini dengan mengikut syarat-syarat umum yang telah
disebutkan. 7
4) Cara yang ketujuh dengan cara persenyawaan dua benih daripada sepasang
suami isteri dengan kaedah persenyawaan luar tetapi dua benih ini
ditempelkan pada rahim isteri kedua atau seterusnya (madu kepada si isteri
yang memiliki ovum) yang sanggup untuk mengandungkan benih tesebut,
cara ini hukumnya adalah harus berdasarkan ijtihad jamaie daripada AlMajmak Al-Feqhi Al-Islami tetapi dengan syarat bahawa si isteri pemilik
ovum sangat-sangat berhajat kepada cara ketujuh ini di samping mengikut
syarat-syarat umum yang telah disebutkan.
5) Dalam taida keadaan yang dibenarkan oleh Islam berdasarkan ijtihad
Jamaie tadi, nasab anak yang bakal lahir akan dithabitkan kepada dua
orang suami isteri yang telah menyumbangkan dua benih (ovum dan
sperma) yang telah disenyawakan.
o Adapun si isteri kedua (madu kepada isteri yang disenyawakan
ovumnya) yang tidak menyumbangkan ovum tetapi sanggup
menyumbangkan dinding rahimnya sebagai tempat tempelan benih,
hubungan wanita tersebut dengan anak yang bakal dilahirkan
menurut rahimnya adalah menurut hukum penyusuan (
) bahkan
dalam kes ini wanita penyumbang rahim tersebut lebih kuat
hubungannya dari segi hukum yang berkaitan dengan (
)
berbanding dengan wanita yang hanya sekadar menyusukan si anak.
Ini kerana janin di dalam kandungan akan menggunakan seluruh zat
daripada tubuh si penderma dinding rahim (ibu tumpang).
6) Adapun empat cara selain daripada tiga cara yang telah disebutkan
keharusannya dari perspektif syarak, kesemuanya diharamkan oleh syarak
secara jelas kerana kedua-dua benih bukan daripada dua orang suami isteri
yang sah ataupun kerana wanita yang sudi untuk menjadikan rahimnya
sevagai tempat tempelan bukan isteri kedua atau seterusnya kepada lelaki
yang menyumbangkan sperma.
o Walau bagaimanapun, setelah melihat kepada beberapa cara
persenyawaan buatan yang dibenarkan oleh Islam di samping
wujudnya kemungkinan berlakunya percampuran nasab hasil
daripada kesalahan doktor dalam memastikan bahawa benih yang
diambil untuk disenyawakan dalam persenyawaan beradas benarbenar daripada dua orang suami isteri yang sah, maka Majlis AlMajmak menasihati agar seseorang muslim tidak menggunakan
proses persenyawaan buatan melainkan dalam keadaan sangat-sangat
dharuri dengan cara yang betul-betul teliti dan berhati-hati agar tidak
berlaku sebarang percampran nasab dan kesalahan dalam proses
persenyawaan buatan.
4) Perbincangan Semula Ketetapan Yang Dikeluarkan Oleh 9$%! , F pada
Daurah Yang Ketujuh 8
• 9$%! , F pada daurah yang kelapan telah menarik balik pandangan
yang membenarkan cara ketujuh yang menjadikan tempelan rahim adalah
rahim isteri kedua atau seterusnya bagi suami, pemilik sperma.
• Setelah dibincangkan kembali dengan melihat pandangan daripada pakarpakar perubatan, 9$%! , F pada daurah yang kelapan telah mengambil
keputusan dengan mengharamkan cara yang ketujuh ini dengan sebab di sana
berlaku kemungkinan yang sangat besar yang akan mengakibatkan keraguan
dalam penentuan nasab si janin.
• Antara sontoh keraguan:
o Isteri kedua yang menjadikan rahimnya sebagai tempat tempelan
kepada benih suami yang disenyawakan dengan benih madunya,
wanita ini berkemungkinan akan mengandungkan zuriatnya dengan
si suami sebelum berlaku tempelan hasil antara benih suaminya dan
madu si wanita tersebut.
o Atau boleh berlaku di sana kelahiran anak kembar yang kita tidak
dapat pastikan adakah kedua-duanya anak kepada isteri yang
menderma rahim atau isteri yang memberi ovum.
o Berkemungkinan benih antara suami dan isteri pemilik ovum yang
ditempelkan pada rahim isteri yang menderma dinding rahimnya
telah mati lalu berlaku persenyawaan baru antara suami dan isteri
yang menderma rahimnya.
• Jelasnya, keraguan yang cukup besar ini pastinya akan menyebabkan seorang
mujtahid akan mengharamkan setiap cara yang mengakibatkan keraguan ini
kerana Islam amat menitikberatkan masalah nasab seseorang.
• Oleh itu cara yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah persenyawaan
buatan ini adalah cara pertama dan ketiga sahaja.
Sekian, Wallahu A’la wa A’lam.
Oleh:
Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
BA (Syariah) Al-Azhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan