| |
|
1.Apakah hukumnya jika menggunakan kaedah bayi tabung uji untuk mendapatkan anak?
i. | Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah. |
ii. | Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak. |
iii. | Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat. |
2.Apakah pandangan Islam tentang kewujudan bank air mani?
. | Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam. |
ii. | Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya |
iii. | Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam. |
iv. | Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram. |
3.Bagaimanakah pandangan Islam tentang pemindahan jantung dan mata orang mati kepada orang yang hidup?
a) | Didalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya. |
b) | Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya. |
c) | Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya. |
d) | Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan. |
4.Bagaimanakah pandangan Islam terhadap pembedahan mayat orang Islam (post-mortem)?
Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan bedah siasat atau si mati tertelan benda berharga atau si mati sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.
5.Apakah hukumnya menggunakan baja yang diperbuat dariapda najis seperti najis khinzir, lembu dan sebagainya?
i. | Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh. |
i. | Bahawa makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal |
6.Bagaimanakah kedudukan Mak Nyah dalam Islam?
i. | Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram daris egi syarak. |
i. | Seseorang yang dilahirkan "khunsa musykil" iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan, lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai. |
7.Bolehkah dilakukan pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain?
Pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan si mati dipindahkan dengan cara yang baik dan sempurna.
8.Bagaimanakah pandangan Islam bagi seseorang perempuan yang menggugurkan kandungan atas nasihat doktor yang disebabkan kecacatan.
Pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan si mati dipindahkan dengan cara yang baik dan sempurna.
9.Bagaimanakah pandangan Islam bagi seseorang perempuan yang menggugurkan kandungan atas nasihat doktor yang disebabkan kecacatan.
i. | Menurut Ijmak Fuqaha, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk. |
ii. | Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami isteri. |
iii. | Ijmak Fuqaha berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu |
10.Apakah pandangan Islam jika seseorang itu bersahabat atau meminta pertolongan jin?
i. | Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram. |
ii. | Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik adalah haram. |
iii. | Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram. |
iv. | Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram |
|
Soal jawab dengan Dr.Mashitah Ibrahim |
Jimak tiga hari di bulan Ramadan
SAYA tinggal di selatan dan isteri saya tinggal di utara tanah air. Ketika saya berjumpa isteri pada Ramadan lalu, kami telah berjimak tiga hari berturut-turut pada siang hari. Sebelum melakukannya kami telah membatalkan puasa dengan minum air.Adakah kami perlu berpuasa dua bulan berturut-turut? Atau adakah dua bulan berturut-turut itu denda bagi satu hari (jika tiga hari bermakna kena berpuasa sembilan bulan?)Jika tidak mampu, bagaimanakah kami boleh membayar kifarahnya? Adakah kifarahnya perlu dibayar tiga kali ganda?
JAWAPAN
BERJIMAK disiang hari bulan Ramadan berdosa dan batal puasa.Perlu qada puasa dan kafarah puasa sebanyak dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin.Denda ini adalah bagi satu hari batal dengan berjimak. Jika tiga hari maka kafarahnya juga berganda iaitu sembilan bulan atau beri makan 180 orang miskin.Bagaimanapun, jika saudara berbuka terlebih dulu dengan minum air maka yang wajib cuma membayar puasa yang terbatal saja.Segalanya tergantung pada niat sendiri jika sengaja berbuat demikian dalam keadaan saudara memang tahu hukumnya, hukum berbuka itu sendiri sudah berdosa besar.
Tipu tuntutan kerja lebih masa
SAYA bekerja di jabatan kerajaan dan saya selalu membuat tuntutan kerja lebih masa walaupun walaupun saya tiada di pejabat pada hari itu. Saya juga sering meminta pekerja saya `punch' kad saya lewat bagi membolehkan saya buat tuntutan kerja lebih masa.Adakah wang gaji yang saya terima itu haram dan menurut kawan saya,makanan yang haram akan melahirkan anak haram.Adakah ini benar? Bagaimanakah saya boleh membayar balik kepada majikan?
SERBA SALAH, Kedah.
JAWAPAN
Dalam hidup ini perlu ada amanah, Nabi bersabda yang bermaksud:
"Tiada agama bagi yang tidak amanah."
Jika saudara berkelayakan dalam tuntutan itu adalah hak saudara, jika saudara menuntut sesuatu yang bukan hak saudara dan menipu itu sudah pastinya berdosa.Makanan yang haram akan melahirkan akhlak yang buruk dan bukannya anak haram.Banyakkanlah bertaubat, bersedekah dengan niat ikhlas kerana Allah,supaya dapat diampunkan dosa yang lama.
Solat pakai minyak wangi beralkohol
ADAKAH sah sembahyang seseorang itu jika dia menggunakan bahan kecantikan beralkohol seperti minyak wangi dan terkena pada pakaiannya?
SITI,
Masai, Johor
JAWAPAN
Sudah disepakati alkohol yang ada dalam minyak wangi bukanlah alkohol yang menyebabkan tidak sah solat.Bagaimanapun perkara ini masih termasuk dalam perkara shubahat.
Kita ada dua pilihan; menggunakannya jika mahu atau mengelakkannya.Mereka yang mengelakkan dari menggunakan barang shubahat akan memelihara agamanya dari tercemar.
Tepuk dada tanyalah selera.
Bawa pulang lauk kenduri
DI kampung saya kerja kenduri masih lagi dilakukan secara bergotong-royong tetapi sejak akhir-akhir ini ada antara mereka yang mengambil kesempatan dengan membawa balik lauk pauk ke rumah sedangkan jemputan masih ramai.Pernah juga berlaku tidak cukup lauk untuk jemputan dan menyusahkan tuan rumah kerana terpaksa menyediakan hidangan lain. Apakah hukumnya perbuatan ini sedangkan mereka sekeluarga dijemput makan di rumah yang mengadakan kenduri?
MAS, Temerloh, Pahang.
JAWAPAN
Mereka yang dijemput ke kenduri, wajib memenuhi jemputan jika tiada keuzuran. Bagaimanapun tuan rumah menjemput untuk makan di sana dan buka untuk dibawa lauk-pauk balik.
Mengambil lauk-pauk tuan rumah tanpa pengetahuannya samalah seperti mencuri dan hukumnya berdosa serta menyusahkan pula saudara Islam. Bahkan jika membawa orang yang tidak dijemput tuan kenduri pun dikira berdosa dan haram; umpamanya tuan rumah menjemput suami isteri saja tetapi dia membawa semua keluarganya.
Sedekah, fidyah hanya untuk golongan miskin
ADAKAH anak yatim termasuk dalam golongan miskin (terutama yang tinggal di rumah anak yatim)?Bolehkah bayaran fidyah diberikan kepada mereka?Adakah niat ketika membayar fidyah itu perlu dilafazkan atau memadai berniat dalam hati tanpa memberitahu penerimanya?
MUSYKIL, Seremban
JAWAPANAnak yatim tidak semestinya miskin kerana ada anak yatim yang berharta.Bagaimanapun, jika anak yatim itu kebetulan juga miskin, sedekah dan fidyah diberikan kepadanya atas dasar dia miskin dan bukan kerana dia anak yatim.Dengan alasan miskin inilah harus dia menerima sedekah, zakat dan fidyah.Niat tidak semestinya dilafazkan, tetapi jika dilafazkan dengan tujuan si penerima dapat berdoa kepadanya, adalah lebih baik.
Guna wang suami sekadar perlu
BOLEHKAH isteri mengambil wang suami tanpa pengetahuannya kerana suami tidak memberi nafkah atas alasan isteri bekerja, sedangkan gaji isteri jauh lebih rendah? Apakah hukumnya menggunakan wang itu untuk membeli keperluan harian dan belanja sekolah anak?
AS, Pahang
JAWAPAN
Harus hukumnya seorang isteri mengambil wang suami sekadar yang diperlukan jika suami tidak mahu memberi nafkah wajib ke atasnya. Apalagi jika wang itu digunakan untuk keperluan harian dan perbelanjaan anak.Isteri yang bekerja tidak dikira banyak atau sedikit gaji, tidak menggugurkan kewajipan suami memberi nafkah.Bagaimanapun, jika isteri dengan rela hati membantu suami dengan gajinya, isteri akan mendapat pahala yang sangat besar.
Hukum perbuatan mandi bunga
BOLEHKAH seseorang itu membuat penyeri (seperti mandi bunga) supaya teman lelakinya menyayanginya dan berkeinginan untuk berkahwin dengannya?
Apakah hukumnya mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh?
ZILA, Parit Buntar, Perak.
JAWAPANMEMBUAT penyeri wajah atau ubat pengasih jika menurut cara yang tidak menyalahi syarak seperti mengamalkan ayat al-Quran atau mandi bunga yang sememangnya mempunyai khasiat tertentu dengan niat berikhtiar bagi mempercepatkan jodoh adalah tidak salah. Ikhtiar akan menjadi salah jika cara yang digunakan salah.
Jatuh talak kerana gurauan
ADAKAH jatuh talak ke atas isteri jika suami berkata ‘saya sudah ceraikan dia’ kepada teman wanitanya? Dia dimaksudkan adalah isterinya yang bertujuan meyakinkan teman wanitanya.Adakah jatuh talak walaupun dia tidak berniat untuk menceraikan isterinya?
ISTERI RUNSING, KL
JAWAPAN
Talak atau cerai tidak boleh dipermainkan. Rasulullah saw telah berpesan supaya kita tidak mempermainkan soal cerai kerana ia perkara serius yang tidak boleh dipermainkan.Jika dia berkata tanpa sedar atau tanpa niat serta tidak faham hukum, maka tidak jatuh talak.Bagaimanapun, ada sebahagian ulamak yang berpegang pada hadis yang mengatakan bergurau dengan talak juga dianggap serius serta jatuh.Sebaiknya soal cerai dan kahwin ini usah dipermainkan.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan