Selasa, 27 Disember 2011

Isu-isu Kehamilan Dalam Perspektif Islam

Feb 5, '09 6:21 AM
for everyone
Isu : Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
(FATWA) Negeri Selangor mengenai isu-isu perubatan dalam perspektif Islam. 

Soalan : IVF adalah utk mereka yg sukar hamil jadi, apa pandangan IVF dalam Islam
dan adakah seseorang Islam itu boleh melakukan IVF jika tidak mengalami masalah
utk hamil? 

Keputusan : PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN


1. Bayi Tabung Uji

Hukum IVF di dalam Islam adalah HARUS TETAPI benih mesti dari suami dan isteri 
yg sah. Kalau guna benih org lain yg bukan suami isteri yg sah hukumnya adalah sama
dengan BERZINA. Benih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya
suami masih hidup. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain. Benih suami
isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri sekiranya suami
telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini boleh membawa kepada fitnah.
HARUS menghapuskan telur-telur yang telah disenyawakan di dalam tabung uji dengan
menyelamatkan satu telur sahaja, untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih
belum bernyawa.


2. Gugur Kandungan

Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan atas nasihat 
doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM digugurkan. 


3. Merawat Benih

Benih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome HARUS 
dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal.

HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan diadapati cacat yang 
tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa. 

HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan sekiranya 
tidak menjejaskan kesihatan.


4. Masalah Merancang Keluarga

HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan kesihatan 
serta dipersetujui suami isteri.

HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM memotong rahim 
kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor pakar.

HARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.

Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil bagi 
menjaga maruah wanita tersebut.

Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan 
kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar, HARUS 
menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan si ibu.


5. Rawatan Bagi Penggantian Hormon

HARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah monopouse 
untuk kesejahteraan keluarga.

HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada pesakit 
yang sedang koma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan