Sabtu, 25 Februari 2012

Bayi tabung uji : Dibenarkan / Tak dalam Islam?




Jahil banyak dari sikit. Terpaksa lah buat research sikit nak tau status halal haram menggunakan kaedah saintifik macam ni dalam proses dapatkan anak. Kesan terlalu rajin mencari jawapan, maka ketemulah juga jawapan yang agak mengecewakan....

Islam mengharamkan 5 jenis persenyawaan in-vitro tapi membenarkan 2 kaedah lain iaitu : 

1. Persenyawaan ovum seorang perempuan dgn suaminya diluar badan dan kemudian dipindahkan ovum yg disenyawakan itu ke dalam uterus nya .

2. Memasukkan sperm lelaki ke dalam uterus isterinya supaya persenyawaan berlaku dlm badan isteri.

Kesimpulannya, bukan senang² sesuka hati je nak buat bayi tabung uji. Kena tengok syarat² dalam Islam dulu. Nak guna persenyawaan in-vitro tu boleh, tapi mesti sel telur pompuan tu disenyawakan dengan sel telur lelaki yang berstatus suaminya. Maknanye, kalau takde hubungan yang sah, tak boley buat.

Lupa plak 5 kaedah in-vitro yang dilarang tu.

 1. Sperma seorang lelaki + ovum seorang perempuan selain isterinya ---> masukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus isterinya.

2. Ovum seorang perempuan + sperma seorang lelaki selain suaminya ---> masukkan ovum yg disenyawakan itu dlm uterus nya.

3. Sperma seorang lelaki + ovum isterinya ---> ovum yg disenyawakan itu dimasukkan dlm uterus ibu tumpang.

4. Sperma + ovum dari orang lain selain pasangan yg mahu menerima bayi ---> ovum yg disenyawakan itu dimasukkan dlm uterus si isteri.

5. Sperma seorang lelaki yg mempunyai dua isteri + ovum dari salah seorang dari isteri-isterinya ---> ovum yg disenyawakan itu dimasukkan ke dlm uterus isteri yg lain.

Hmmm...kalau sendiri fikir pun, tau ape sebab Islam mengharamkan bayi tabung uji yang 5 jenis ni. Ye la kan, nanti mesti kucar kacir jadinya, ade kecelaruan pasal keturunan. Lagipun, tak ke kesian kat si anak tu nanti tertanya² sape gerangan ayahnya if si ibu takde suami pun.

Puas hati dah tau jawapan pada soalan pelik yang tiba² muncul kat kepala otak yang sempit ni. Teringin nak ada baby sendiri one day. Tapi....tak rasa nak ade laki dalam hidup ni sebab TAKDE JAMINAN LELAKI TAKKAN SAKITKAN AKU LAGI. So, E Ja nak baby je...tapi malangnya tak boleh buat camtu dalam agama kita. Nak buat camne kan...life must go on..

p/s : mintak perbetulkan kalau fakta hukum halal haram ni salah. Ni pun maklumat yang cari kat tenet je. Paham² jela...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan