Isnin, 16 Julai 2012

Bayi Tabung Uji Menurut Islam


In Vitro Bayi Tabung Uji Menurut Islam
Bayi Tabung Uji Menurut Pandangan Islam
Soalan: Jiran saya mandul. Doktok menasihatkan dia mencuba kaedah bayi tabung uji. Adakah ini dibenarkan dalam Islam?
Jawapan:
Dalam persidangan ketiga (diadakan di Amman, Jordan, Safar 8 – 13, 1407 H/October 11 – 16, 1986 CE) Majlis Fiqh Islam menyemak kajian yang di hantar kepadanya mengenai persenyawaan in-vitro dan berunding dengan pakar dalam hal berkenaan. Maka, pihak majlis mengharamkan lima cara persenyawaan in-vitro dan menetapkan dua cara lain sebagai halal.
“Pihak majlis menetapkan seperti berikut:
Pertamanya, lima cara persenyawaan in-vitro berikut adalah haram sepenuhnya kerana ia mengakibatkan kecelaruan keturunan:
1. Persenyawaan yang dibuat dengan memasukkan sperma dari seorang lelaki kepada ovum dari seorang perempuan selain isterinya dan kemudian di masukkan ovum yang disenyawakan itu dalam uterus isterinya.
2. Persenyawaan yang dibuat dengan mensenyawakan ovum seorang perempuan dengan sperma dari seorang lelaki selain suaminya dan kemudian dimasukkan ovum yang disenyawakan itu dalam uterus nya.
3. Persenyawaan yang dibuat antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari isterinya dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan dalam uterus ibu tumpang.
4. Persenyawaan yang dibuat antara sperma dan ovum dari orang lain selain pasangan yang mahu menerima bayi dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan dalam uterus si isteri.
5. Persenyawaan yang dibuat dengan memasukkan sperma dari seorang lelaki yang mempunyai dua isteri dan dari ovum dari salah seorang dari isteri-isterinya, dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan ke dalam uterus isteri yg lain.
Keduanya, pihak majlis bersetuju dengan dua cara lain persenyawaan in-vitro. Ia adalah:
1. Persenyawaan ovum seorang perempuan dengan suaminya diluar badan dan kemudian dipindahkan ovum yang disenyawakan itu ke dalam uterus nya .
2. Memasukkan sperma lelaki ke dalam uterus isterinya supaya persenyawaan berlaku dalam badan isteri.”
Test-Tube Babies from an Islamic Pespective
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news