Jumaat, 1 Jun 2012

Mendapatkan Anak dengan Cara Bayi Tabung Uji


Soalan : Sepasang suami isteri telah berusaha untuk mendapatkan anak, namun doktor memberitahu bahwa mereka tidak mampu. Doktor memberitahu mereka bahawa ada prosedur yang membolehkan mereka mendapat anak, tapi ia memerlukan doktor untuk mengeluarkan telur dari wanita (ovum) dan sperma dari lelaki, kemudian disenyawakan bersama di makmal. Kemudian doktor akan menempelkan telur yang disenyawakan ke dalam wanita tersebut. Apakah ini dibenarkan dalam Islam?
Dijawab oleh Sheikh Sulaymân al-`Îsâ, Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh
Kaedah ini adalah dibenarkan dengan syarat tiada pihak lain yang terlibat dalam prosedur tersebut contohnya mengambil wanita lain untuk menjadi ibu tumpang dan mengandungkan bayi tersebut dalam rahimnya. Kaedah tersebut hanya perlu melibatkan sperma suami dan telur wanita (ovum), dan kandungan tidak boleh dikandung oleh wanita lain.
Sumber : Arkib Fatwa,http://islamtoday.com